Haris Ismail titip ucapan istimewa buat abang - Utusan Malaysia

Haris Ismail titip ucapan istimewa buat abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr. Amir dan Aisyah Aziz.”

Demikian titipan doa pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz buat abangnya Dr. Mohd. Fakhrudin Amir yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan penyanyi, Aisyah Aziz, pada Jumaat lalu.

Turut menitipkan ucapan istimewa, Haris meluahkan rasa senang melihat kebahagiaan yang terpancar jelas di wajah abangnya selepas selamat memperisterikan wanita pilihannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Haris atau mesra disapa PU Riz memanjatkan rasa syukur selain mendoakan kebahagian kepada pasangan pengantin baharu itu.

“Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia, apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.

“Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, Insya-Allah. Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Dalam hantaran sama, suami kepada selebriti popular, Neelofa itu mengaku dirinya sentiasa mengagumi kebaikan yang dipamerkan oleh abangnya sejak kecil.

“Kepada abang kesayangan saya, dari kecil sebenarnya adik mengagumi abang Amir dalam diam. Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan.

“Abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang Masya-Allah jua sopan santun, budi pekertinya,” jelasnya.

Turut berkongsi foto mereka sewaktu kecil, Haris akhiri perkongsian itu dengan mengungkapkan rasa sayang terhadap abang kesayangannya.

“Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol ‘I love you to the moon and back’, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir selamat pernikahannya dengan Aisyah dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Singapura.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya