Usah buat kandungan toksik, tunjuk contoh baik - Utusan Malaysia

Usah buat kandungan toksik, tunjuk contoh baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh khususnya generasi muda diharapkan tidak cenderung menghasilkan kandungan media sosial yang akhirnya mampu memberi impak buruk kepada nama baik dan status pempengaruh itu sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif All Star Influencer (ASIA), Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, pempengaruh seharusnya menggunakan populariti mereka untuk mengajak masyarakat ke arah lebih positif dan memberi teladan baik kepada umum.

“Pempengaruh di bawah komuniti ASIA sentiasa dinasihatkan untuk tidak menghasilkan kandungan toksik. Mungkin content itu lawak tetapi, bila ada haters mereka mungkin tidak dapat kawal situasi itu.

“Kami sentiasa terapkan nilai positif dan beri mereka peluang untuk turut serta dalam pelbagai program bermasyarakat anjuran ASIA. Ini penting untuk mereka sedar pengaruh dan kepentingan mereka kepada pengikut.

“Apa yang ditunjukkan mereka di media sosial akan menjadi ikutan. Sebab itu kita perlu tunjuk contoh yang baik, pegang prinsip persefahaman antara satu sama lain untuk eratkan hubungan bersama,” ujarnya.

Abd Rahman ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa ASIA bersama lebih 100 anak-anak yatim dan tahfiz dari tiga buah rumah kebajikan yang turut dihadiri rakan artis dan pempengaruh di bawah komuniti tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan penglibatan pempengaruh dalam dunia perniagaan sebagai langkah awal untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa akan datang.

“Jangan bergantung harap kepada kandungan review produk semata-mata. Satu masa nanti, lebih ramai pempengaruh muda akan hadir. Jadi siap sedia dengan perangan masa depan yang lebih tersusun.

“Sebab itu kami memberi bimbingan dan sokongan kepada mana-mana pempengaruh yang mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Sekurang-kurangnya mereka sudah ada perancangan,” katanya.

Dalam pada itu, ASIA juga bakal mengadakan beberapa program menjelang Aidilfitri bagi memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya