Bufet Ramadan Hotel Tenera gamit kenangan perantau

Bufet Ramadan Hotel Tenera gamit kenangan perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

‘WAHAI perantau-perantau di kota,
Pulanglah ke desa berhari raya,
Ayah serta bonda amat mengharapkan,
Kepulangan mu di hari Bahagia.’

Itu antara bait lirik lagu Indahnya Beraya Di Desa nyanyian Azalina Aziz yang sering bermain di fikiran anak-anak perantau apabila pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menyelami perasaan mereka yang bakal pulang ke kampung, Hotel Tenera yang terletak di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi meraikan bulan suci Ramadan ini dengan bertemakan ‘Serantau Desa’.

Seperti biasa, Bufet Ramadan yang berlangsung sehingga 29 Mac depan sentiasa menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat kerana sajiannya yang sedap, tempat yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Paling penting, semestinya menu di hotel bertaraf lima bintang diyakini Halal 100 peratus.

Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di Bazar Ramadan.

Untuk itu, katanya, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Bukan itu sahaja, terdapat lebih 200 menu hidangan seperti Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Coq Langgar Padang Merdeka, Tempe Madoran, Kopi Gantung, Teh Chai dan yang pasti dinanti-nantikan buah Durian yang disajikan setiap hari.

Selain itu, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kari Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang tukang masak berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said.

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan melayakkan hotel itu menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ untuk lima tahun berturut-turut sejak 2019 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Hotel yang merupakan milik penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, KPF ini adalah berkonsepkan ‘Mesra Muslim’. Premis ini turut menyediakan kemudahan surau kepada pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih.

Menariknya, ibadah solat itu dipimpin oleh wakil daripada Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi pada setiap malam sepanjang Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya