Membayangkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berjalan dan berbaring-baring di atas badan seekor buaya mungkin kedengaran seperti adegan filem fiksyen. Namun, bagi Saifullah Muhammad Sarath, 35, itu adalah permulaannya bersahabat dengan sang bedal itu. Lahir dan membesar di Melaka, Saifullah atau lebih dikenali sebagai ‘Bang Buya’ bukan sekadar seorang penjaga reptilia, tetapi mempunyai minat mendalam terhadap binatang buas. Menurutnya, dia suka mendalami mengenai haiwan buas, namun minat itu bukan datang secara tiba-tiba sebaliknya ia disebabkan dia sudah terbiasa dengan kehadiran reptilia purba ini. “Ayah saya merupakan Pengurus Operasi Taman Buaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya