POKOK vanila merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah, Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Di Perlis, sepasang suami isteri dari Kampung Guar Gajah, di Arau di sini menjadi pencetus kepada tanaman berkenaan yang selama ini agak asing bagi rakyat negeri ini. Sebelum ini, belum pernah ada pekebun di sini menanam tanaman tersebut yang sebenarnya mempunyai permintaan cukup tinggi selain mampu menjana pendapatan lumayan. Hal demikian kerana, vanila mempunyai nilai pasaran yang tinggi iaitu berharga antara RM1,500 hingga RM1,800 sekilogram sekali gus menjadikannya tanaman yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya