Melihat rambut yang sudah semakin memutih pastinya meresahkan hati setiap wanita. Walaupun uban adalah satu proses penuaan yang biasa namun, sedikit sebanyak tetap menganggu penampilan dan keyakinan seorang wanita tidak kira bagi yang berhijab ataupun tidak. Uban terjadi apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit. Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban. Minggu ini, saya kongsikan lima petua mudah yang diamalkan oleh ibu bagi menjaga mahkota wanitanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya