SEDAP sangatkah Cendol Songkok Tinggi sampai tular dalam media sosial? Atau sekadar gimik bentuk songkok yang dipakai? Jom! Ambil kunci, capai topi keledar, bersama isteri saya tunggang motosikal sejauh 70 kilometer (km) semata-mata hendak merasa. Tidak sukar mencarinya di Kampung Jiboi Baru, berdekatan Seremban. Dari jauh sudah dapat meneka itulah lokasi yang kami cari. Mana tidaknya, dalam kawasan kampung, tiba-tiba nampak banyak kenderaan tersusun di tepi jalan. Macam ada kenduri kahwin. Meja dan kerusi yang disusun di bawah rimbunan pokok rambutan menjadikan suasana nyaman meskipun ketika itu pukul 3 petang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya