Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini tepat menggambarkan kejayaan Mas Zhiddin Zhiddan, anak keenam kepada Allahyarham Aziz Desa yang kini menyerlah sebagai figura petah berbicara, khususnya di platform media sosial. Berusia 23 tahun, pemuda ini dikenali kerana tutur katanya yang puitis, disulami dengan keindahan dan kesantunan bahasa yang tersusun rapi. Disebalik trend terkini yang gemar menggunakan bahasa rojak, anak muda ini memanfaatkan kelebihan sebagai pempengaruh untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai teras utama perjuangannya. Pempengaruh dengan jumlah pengikut seramai satu juta pengikut di Tiktok ini tidak henti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya