Berdepan dengan pasangan yang curang bak membelah buah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang. Maksudnya, serba salah untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau meletakkan titik noktah. Tambahan pula, individu yang curang kebiasaannya tidak mudah untuk mengaku melainkan disertakan dengan bukti kukuh. Jika mengaku sekalipun mungkin akan menggunakan alasan ‘tanpa niat’ untuk menghalalkan kesalahan yang dilakukan. Persoalannya, benarkah ada curang tanpa sengaja? Kaunselor Perkahwinan, Noraniza Anwar berkata, kecurangan terbahagi kepada dua sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja. Kecurangan yang dilakukan tanpa sengaja biasanya dipacu oleh beberapa faktor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya