Lazimnya, kanser serviks tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Bagaimanapun, Pakar Perunding Onkologi Klinikal di OncoCare Cancer Centre Malaysia, Dr. Nur Adila Mokhtar berkata, terdapat beberapa tanda amaran yang boleh diperhatikan. Salah satu tanda amaran ialah pendarahan faraj tidak normal, yang mungkin berlaku di antara haid, selepas hubungan intim atau selepas menopaus. Selain itu, wanita juga perlu peka terhadap keputihan yang luar biasa seperti berair, berwarna merah jambu atau berbau tidak menyenangkan. “Selain itu, kesakitan pelvis yang berterusan atau ketidakselesaan semasa hubungan intim. Malah, perubahan dalam aliran haid serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya