DAERAH Pontian memang terkenal dengan tanaman nanas sejak dahulu. Sebut sahaja Pontian, sudah terbayang betapa luasnya tanaman nanas yang menjadi ikon daerah tersebut. Jika dahulu tanaman nanas diusahakan oleh individu atau syarikat tetapi kini ada yang mengusahakannya secara berkelompok. Nyata usaha dan kegigihan sekumpulan penduduk di Kampung Parit Jerman, Pontian menjayakan Projek Tanaman Nanas Berkelompok (PTNB) bermula tahun lalu membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila kian menjadi sebutan ramai. Mereka memilih nanas variety MD2 yang dianggap sebagai sumber ‘kekayaan baharu’ dalam bidang pertanian seperti durian Musang King yang berjaya menembusi pasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya