PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan program pembetulan ketajaman penglihatan mata kepada murid Tahun 1 daripada keluarga B40 serta M40, keseluruh negara dalam usaha meningkatkan kesihatan mata golongan berkenaan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif KPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) itu penting bagi memastikan isu kesihatan penglihatan murid terus diberi keutamaan. Beliau berkata, program itu juga penting sebagai jalan penyelesaian kepada masalah pembelajaran anak-anak di sekolah. “Insya-Allah program ini akan kita perluaskan dan ini komitmen kita bersama,” katanya pada Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya