Pertaruh menu Cina Muslim sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Pertaruh menu Cina Muslim sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena kedatangan Ramadan tahun ini, Quan’s Kitchen di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur tampil memperkenalkan menu bufet Ramadan berkonsepkan Cina Muslim yang istimewa. 

Kedatangan bulan umat Islam berpuasa juga tambah lebih bermakna apabila pihak hotel merangkul Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia menerusi kategori Pelancongan Mesra Muslim.

Tahun ini, seleksi menu memikat citarasa adalah rekaan Chef Junior Sous dan Ketua Jawatankuasa Halal, Cef Muhammad Syahid M. Hanif. 

Diinspirasikan dari budaya makanan jalanan yang meriah di Xi’an, China, menu itu menawarkan gabungan rasa yang unik dan segar seperti popiah itik Peking, itik panggang dan aneka skewer.

Aneka skewer memberikan pilihan buat pelanggan untuk menikmati hidangan yang direbus atau digoreng dengan salutan tepung. 

Sudah pasti hidangan utama nasi berlauk pasti memikat citarasa pelanggan apabila pihak hotel menyediakan nasi putih kukus bersama pilihan lauk yang pasti membuatkan anda rambang mata. 

Antara pilihan lauk yang tersedia adalah seperti ikan patin masak tempoyak, ayam masak merah ros, gulai kawah kambing dan kentang, labu masak lemak putih bersama soo hoon, sambal goreng jawa dan sayur nangka masak lemak. 

Di warung yang diberi nama Xi’An Muslim Street, pelbagai makanan laut yang dibakar disediakan. Selain itu, turut tersedia ayam percik Kelantan, skewer kambing BBQ Na Jie China, sate ayam dan daging berserta kuah kacang. 

MENARA MERDEKA 118 

Menariknya, ruang makan yang terletak di tingkat lapan ini menyajikan pemandangan ikonik Menara Merdeka 118 yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia. 

Apa kata, sebelum meneruskan hidangan seterusnya, ambil masa sebentar menikmati pemandangan indah di luar. 

Lebih menarik, pelanggan juga berpeluang merasai kesedapan otak-otak, sata dan pepes. Turut disediakan pilihan pencicah seperti air asam jawa, sambal kicap, sambal dan sos cili Thai. 

Hidangan lemang, ketupat palas, ketupat nasi dan serunding pula membangkitkan suasana seperti sambutan Aidilfitri.  

Terasa seperti berada di pasar malam, stesen goreng-gorengan menyediakan pelbagai aneka bebola, burger dan Rou Jia Mo (burger daging Xi’An). 

Hidangan makanan laut seperti kerang, udang, kupang dan ketam bunga turut disajikan bersama pilihan sos seperti sos tartar dan thousand island. 

Pemanis mulut akan membuatkan anda tidak senang duduk untuk memilih aneka kuih seperti tapai pulut, talam kacang merah dan kole kacang. 

Pelbagai pilihan kek seperti kek batik, red velvet dan pandan burnt cheese. 

Kuih tradisional pula seperti dodol kelapa, dodol durian, tart nanas, batang buruk dan kuih bangkit. 

Bufet Ramadan ini bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam sepanjang bulan Ramadan. 

Tempahan awal boleh dibuat bermula 28 Januari hingga 27 Februari depan bagi menikmati harga istimewa. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya