Dakwaan hidung bertukar mancung selepas menjalani pembedahan resdung sering kali menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai. Persoalan itu terjawab apabila Pensyarah Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Hardip Singh Gendeh menjelaskan yang prosedur tersebut sama sekali tidak membabitkan pengubahsuaian bentuk hidung seseorang. Hal itu kerana pembedahan resdung dijalankan secara endoskopik apabila kamera dan tiub dimasukkan ke dalam hidung dengan membabitkan bahagian dalam sahaja. Justeru, tiada sebarang parut ditinggalkan sama ada di luar mahupun berlaku perubahan pada wajah seseorang. Katanya, pembedahan itu bertujuan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya