PERISTIWA menguruskan proses bersalin seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang bertarung nyawa melahirkan anak menjadi episod mengerikan bagi seorang doktor. Lebih menyayat hati, kanak-kanak yang bakal bergelar ibu itu akhirnya menemui ajal apabila dia dan bayinya meninggal dunia semasa proses kelahiran. Sejak peristiwa itu, Dr. D. Dayanandan yang pada ketika itu merupakan pelajar pelatih perubatan di Indonesia bertekad memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menolak perkahwinan bawah umur yang terlalu berisiko untuk kanak-kanak melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak. Mengimbau semula kejadian beberapa tahun lalu itu, Dayanandan memberitahu, hospital dikejutkan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya