Menghadapi fasa krisis pertengahan usia bagi lelaki dan wanita amat berbeza. Krisis pertengahan usia adalah fasa peralihan dalam psikologi yang berlaku ketika seseorang berumur 40 hingga 50 tahun. Dalam fasa ini, seseorang mula mengalami perubahan dalam cara melihat diri dan kehidupan. Wanita dikatakan lebih terkesan dalam fasa ini akibat perubahan biologi atau hormon terutama dengan penurunan estrogen dan progesteron. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Siti Marziah Zakaria berkata, perubahan hormon berkenaan memberi kesan terhadap aktiviti seksual wanita. Wanita akan kurang bersemangat atau minat untuk melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya