Isteri masih sayang Along Cham walau dipanggil Mak Lampir, tuduh seleweng dana - Utusan Malaysia

Isteri masih sayang Along Cham walau dipanggil Mak Lampir, tuduh seleweng dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun kesal dengan tuduhan yang dilemparkan, isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 32, mengakui masih menyayangi suaminya. 

Afreena enggan mendedahkan aib pelawak itu kerana Along masih lagi suaminya yang sah.

“Tidak apa, awak  boleh dedahkan apa sahaja kenyataan yang awak mahu.

“Awak masih suami dan saya tidak akan aibkan awak walau apapun yang terjadi atau fitnah awak. Siapa tak sayang suami kan?,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Khamis. 

Dalam hantaran yang sama, Afreena tidak menyembunyikan rasa kecewa apabila pelawak itu memanggilnya dengan gelaran Mak Lampir termasuklah menuduhnya mempunyai kaitan dengan isu penyelewengan dana bernilai RM100,000.

Namun, ia tidak menghilangkan rasa rindu Afreena kepada suaminya itu.

“Scammer 100K? Curang? Sekat keluarga? Apa lagi?

“Apa yang dah jadi kepada ‘hubby love’ yang saya kenal? Sebab awak bukan macam ini. Terima kasih suamiku untuk semua ini.

“Tapi, saya masih ambil berat, rindu dan sayang,” tulisnya lagi. 

Terdahulu, Along Cham mencuri tumpuan apabila memfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya selepas dibebaskan daripada pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis di Mahkamah Majistret Sepang.

Along juga mendakwa isterinya menyeleweng dana sebanyak RM100,000 yang sepatutnya digunakan untuk membantunya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh. 

Bagaimanapun, Afreena membuat laporan polis terhadap individu bernama Ika yang didakwa menipunya sebanyak RM95,180 atas tujuan untuk membebaskan suaminya itu.

Along dan Afreena berkahwin pada bulan Ramadan, iaitu 5 April tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya