JANGAN makan telur, nanti luka gatal, bernanah dan lambat sembuh. Pantang larang ini sering dipesan kepada individu yang baru menjalani pembedahan. Ia susulan pengalaman nenek moyang kita dan dikatakan mampu membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat. Namun, sejauh mana keberkesanan pantang larang ini? Adakah ia fakta sains atau sekadar mitos turun-temurun? Pakar diet, Hospital Columbia Asia Taiping, Rafidah Abdul Rashid berkata, kepercayaan kononnya ayam, ikan dan telur menyebabkan luka bernanah atau lambat sembuh sebenarnya adalah mitos semata-mata. Hal itu kerana makanan-makanan tersebut mengandungi sumber protein berkualiti tinggi yang membantu membaiki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya