Cabar adrenalin di hujung minggu

Cabar adrenalin di hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA hujung minggu, ada yang selesa bersantai di rumah dan tidak kurang juga yang gemar mencuba pelbagai aktiviti mencabar.

Bagi individu aktif, antara yang boleh dilakukan ialah meneroka taman tema di Berjaya Times Square.

Terletak di tengah-tengah pusat bandar raya, taman tema ini menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat semua peringkat usia.

Peluang berhibur di sini menjadi pengalaman bermakna terutama apabila dapat menaiki roller coaster terpanjang di Asia Pasifik, supersonic odyssey.

Perjalanan itu penuh dengan kejutan dengan trek mencecah 800 meter dan kelajuan sehingga 80 KM/J,

Selain itu, reka bentuk trek yang berliku-liku dan pusingan mencabar, menambahkan lagi debaran pengunjung.

Ketika roller coaster meluncur laju, pengunjung berpeluang menjerit sepuas hati.

 

SPINNING ORBIT
Tarikan seterusnya ialah spinning orbit, yang menguji tahap keberanian pengunjung.

Permainan berputar ini membawa pengunjung ke ketinggian 30 meter dengan kelajuan stabil selama 10 minit.

Pada mulanya, saya menyangka ia akan menjunam secara menegak, namun tekaan itu meleset.

Walaupun tiada elemen mendebarkan, namun ia tetap mencetuskan rasa gerun, terutama bagi yang gayat.

 

ROBO CRASH
Keseronokan diteruskan dengan menaiki kereta kecil robo crash untuk bertembung antara satu sama lain di dalam litar sama.

Setiap kereta dilengkapi dengan bampar empuk di sekeliling untuk melindungi penumpang dan mengurangkan kesakitan apabila berlaku perlanggaran.

Apabila muzik dimainkan, semua kereta mula bergerak dan setiap penumpang perlu memegang kuat stereng dan bersiap sedia untuk beraksi.

Dalam situasi ini, pemandu perlu bertindak pantas untuk mengelak daripada dirempuh kenderaan lain.

 

DIZZY IZZY
Satu lagi permainan menarik ialah dizzy izzy yang direka seperti labah-labah dan mampu menampung sebanyak 40 penumpang.

Sebaik sahaja mesin ini berputar, penumpang akan diangkat dan diturunkan, sambil dipusingkan 360 darjah dalam pelbagai arah pada kelajuan mendebarkan.

Nikmati pengalaman ‘terbang’ di udara namun, jika putaran makin laju, seseorang boleh pening dan rasa terumbang-ambing.

Selain itu, terdapat banyak lagi permainan yang boleh dicuba, antaranya dna mixer, bubble express, arcade games, haunted house dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi, luangkan masa hujung minggu di sini dan rasai semua aktiviti menguji adrenalin yang disediakan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya