Artis, penerbit filem India kagumi Zubir Khan - Utusan Malaysia

Artis, penerbit filem India kagumi Zubir Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“DATANG India, kamu boleh bersinar di sana,”

Itulah antara kata-kata yang diberikan penerbit, pengarah dan komposer terkenal India, Hiphop Tamizha atau Adhi selepas melihat persembahan penyanyi muda, Zubir Khan. Dia tidak menyangka lagu Yennode Macha yang tular di India rupanya dinyanyikan oleh lelaki Melayu asal Malaysia.

Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 25, kemudian diundang melakukan persembahan istimewa ketika konsert penyanyi itu di Malaysia tahun lalu. Rezekinya tidak berhenti di situ, Adhi kemudian memperkenalkan Zubir kepada rakan-rakan industri nyanyian India yang lain.

Cerita Zubir, album bahasa Tamil yang bakal diterbitkan pada 2025 dijangka memberi impak besar kepada kerjayanya, juga strategi perancangan kolaborasi dengan nama besar artis India yang belum mahu didedahkan butirannya.

“Saya yakin album ini akan mampu membawa nama Malaysia ke India. Mereka juga terkejut ada seorang budak Melayu Malaysia yang buat lagu India juga viral di sana.

“Saya sudah menghubungi beberapa artis di sana sejak tahun lalu. Juga sudah pernah berbual dengan penerbit filem yang sangat terkenal. Cuma mereka sangat sibuk, insyaAllah tahun ini akan ada sesuatu yang dihasilkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zubir yang juga merupakan penyanyi kelainan upaya selepas mengalami kecacatan kekal semasa berusia empat tahun, turut terharu apabila video lagu sadurannya turut mencuri tumpuan penggiat seni di India.

Kagum dengan bakat anak jati Semenyih, Negeri Sembilan itu, dia turut menerima tawaran peminat dari India yang menanti kehadiran Zubir di sana.

“Sebenarnya ada juga artis yang pernah nampak saya buat persembahan dan juga video saya nyanyi lagu saduran.

“Mereka rasa saya mempunyai potensi yang besar untuk pergi lebih jauh di India. Dari segi vokal, lagu Tamil ada lenggok tersendiri dan mereka rasakan saya sangat sesuatu membawakan lagi dengan rentak begitu,” tambahnya.

Album baharu tahun ini

Bercerita lanjur, Zubir tidak pernah menyangka bakatnya akan dapat diterima sehingga ke luar negara.

Oleh itu, dia telah melakukan kolaborasi dengan ramai pemuzik berbakat termasuklah dari Kanada untuk menghasilkan album perdananya ini.

“Saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Saya anggap, inilah peluang yang Allah berikan untuk saya. Jika saya tidak ambil kesempatan ini sekarang, saya tidak rasa boleh dapat untuk kali kedua.

“Saya enggan tangguh lagu hasrat terbang ke India, dalam album yang bakal terbit selepas Raya nanti, kita bekerjasama dengan ramai penerbit iaitu seorang penerbit berbangsa Cina di Malaysia dan dua lagi dari Kanada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya