KALAU bukan kita siapa, jika bukan hari ini bila lagi. Itulah persoalan yang perlu dijawab dalam usaha memulihara ekosistem hutan paya bakau di negara ini. Bagi memastikan hutan tersebut terus terpelihara, pihak Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan program menanam anak pokok kayu bakau di Taman Rekreasi Hutan Paya Bakau Sijangkang, Kuala Langat. Menurut Pengarah Program itu, Dr. Muhammad Fuad Abdullah, inisiatif tersebut bertujuan memulihara pesisiran pantai sebagai kawasan perlindungan semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah. “Program hari ini melibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya