Kebanyakan ibu bapa gemar berkongsi gambar-gambar anak mereka dengan gaya yang comel di media sosial tanpa memikirkan bahaya yang menanti. Tanpa disedari, ada mata-mata ‘jahat’ memantau dan menunggu masa sesuai untuk ‘menerkam’ si cilik itu pada bila-bila masa. Lebih menakutkan, golongan penjenayah ini akan memuat turun dan mengumpul gambar-gambar dari media sosial berkenaan, seterusnya mengubah gambar anak-anak yang tidak berdosa itu dengan gambar tidak senonoh. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut DQ, Dr. Yuhyun Park meluahkan kebimbangan berhubung sikap ibu bapa yang membuat hantaran gambar dan video bayi atau anak-anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya