Penyakit Paru-Paru Obstruktif kronik (COPD) dengan gejala sukar bernafas atau mengah, sering disalahfaham sebagai masalah penuaan dan tidak serius. Ini berpunca daripada tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat dan kaedah mengesan COPD yang lemah, menyebabkan penyakit ini sering lewat dikesan dan sukar dirawat. Kajian menunjukkan satu daripada lima orang meninggal dunia dalam tempoh setahun selepas kemasukan pertama mereka ke hospital disebabkan penyakit COPD. Kelaziman COPD dalam kalangan orang dewasa adalah sebanyak 6.5 peratus. Pakar Perunding Pulmonologi, Timbalan Pengarah (Klinikal), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya