DUNIA masakan sudah sebati dengan cef remaja, Danish Harraz Abd. Hafiz, 17, kerana sejak kecil masanya banyak dihabiskan di dapur. Jika kanak-kanak lain leka bermain alatan permainan, namun lain buatnya yang mampu menghasilkan spagetti bolognese dan puding karamel, di usia seawal enam tahun. Setahun kemudian, dia memberanikan diri membuka perniagaan atas talian yang dikenali sebagai Danish’s Red Kitchen. Walaupun meningkat remaja, namun minatnya pada masakan tidak pernah padam dan masih berterusan hingga kini. Kelebihannya terletak pada resipi-resipi anti gagal yang dikongsikan secara percuma di platform media sosial. Katanya, perkongsian itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya