Siti Khadijah kurus kerana ‘insecure’? - Utusan Malaysia

Siti Khadijah kurus kerana ‘insecure’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim tidak berselindung dirinya melakukan sesuatu pada wajahnya untuk menyerlahkan lagi kecantikannya.

Menurut Siti, penampilannya kini yang dilihat semakin langsing itu kerana kurang yakin dengan fizikalnya yang agak berisi dalam drama bersiri From Saga With Love musim pertama.

“Alhamdulillah. Memang saya nak kurus sebab masa From Saga With Love musim pertama saya sedikit tembam. Jadi untuk musim kedua ini saya nak nampak kurus sikit.

“Saya sedar saya tidak ada standard kecantikan yang dimahukan di Malaysia. Jadi saya perlu bekerja keras untuk tidak berasa ‘insecure’,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Siti, selain menjaga pemakanan dan bersukan, dia juga mengakui ada melakukan rawatan wajah untuk kelihatan lebih runcing.

“Saya ada buat rawatan wajah menggunakan teknologi terkini. Secara kebetulan, saya mendapat tajaan pusat penjagaan kulit dan kecantikan tersebut.

“Sekarang saya memang menjaga pemakanan dan kerap bersenam. Lama-lama jadi habit. Saya juga amalkan makan banyak sayur-sayuran untuk pencernaan yang lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Wanita Syurga itu juga tidak berselindung dengan berat badannya terkininya yang sudah menyusut sebanyak tiga kilogram.

“Saya sebenarnya seorang yang aktif jogging dan buat pilates, cuma saya tak muat naik dalam media sosial. Sekarang, berat badan saya 52 kg berbanding 55 kg sebelum ini.

“Dulu, jadual makan saya tidak teratur dan tak sempat nak bersenam kerana sibuk bekerja,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya