TUGASAN sebagai pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) bukan penghalang untuk anak jati Perlis ini meneruskan perniagaan harumanis milik keluarganya. Muhammad Adib Hashim, 29, tidak kisah bergelar petani muda dan berbakti kepada tanah demi memastikan kebun peninggalan arwah bapanya kekal subur. Sejak April lalu hingga kini, lebih 100 kilogram harumanis telah dijual di kebun yang menempatkan 55 pokok di Chuping itu. Anak ketiga ini turut berganding bahu dengan empat adik-beradiknya yang lain dalam menguruskan kebun tersebut dari segi logistik hingga ke pemasaran. Katanya, minat pada bidang pertanian dipupuk hasil didikan bapanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya