Kualiti sperma yang menurun sering dikaitkan dengan peningkatan usia seorang lelaki. Namun, gaya hidup juga sebenarnya memberi kesan terhadap kualiti sperma lelaki sekali gus menjejaskan kesuburan. Pakar Reproduktif Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr. Chua Ai Chen berkata, walaupun faktor usia adalah penyebab utama kepada penurunan kualiti sperma, namun gaya hidup yang tidak seimbang juga memberi kesan kepada kesuburan lelaki. “Diet juga memainkan peranan penting. Diet sihat yang kaya dengan asid lemak omega-3, antioksidan dan vitamin seperti diet Mediterranean terbukti meningkatkan kualiti air mani. “Daging yang diproses, minuman manis dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya