Fotografi adalah seni yang memerlukan ketelitian dan sensitiviti tinggi, terutama dalam setiap peringkat rakaman imej. Setiap elemen seperti sudut, pencahayaan, dan fokus memainkan peranan penting dalam menghasilkan gambar yang bukan sahaja berinformasi, tetapi berupaya menyampaikan mesej mendalam. Setiap imej yang dirakam membawa cerita tersendiri, dan sensitiviti jurufoto dalam mengendalikan sudut produk akan mempengaruhi bagaimana imej tersebut diterjemahkan kepada penonton. Dalam rakaman produk, pemerhatian teliti amat diperlukan. Menurut jurufoto, Adam Zulkarnain Zulfiflie, memahami elemen visual produk tersebut dan mengenal pasti sudut yang mampu menonjolkan ciri-ciri produk dengan lebih efektif akan membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya