MENERJAH ke sebuah kedai bundle di ceruk kampung di tepi jalan di Kampung Jenderam Hulu, di sini seolah-olah memasuki sebuah kedai pakaian terpakai dengan suasana era 90-an. Apa tidaknya, anda perlu mendongak ke atas untuk membelek baju bundle kerana ia sengaja digantung tinggi hampir mencecah siling pada kawat besi yang diikat kukuh. Malah, di satu sudut pula, ada pakaian yang sengaja dilonggokkan manakala, di sudut lain pula kelihatan beberapa kotak kayu yang diisi dengan pakaian tanpa dilipat. Itu gambaran mata kasar wajah Tapa Bundle yang masih mengekalkan mood dan suasana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya