Jangan ceritakan angan-angan kalau belum jadi kenyataan - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Jangan ceritakan angan-angan kalau belum jadi kenyataan – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda, 39, berpandangan tidak salah bagi mana-mana pelakon di negara ini memasang impian besar termasuk memenangi anugerah berprestij di peringkat antarabangsa.

Namun, Nabila yang mesra disapa sebagai Abil berkata, impian atau angan-angan tersebut, sebelum diceritakan kepada umum, perlulah terlebih dahulu diusahakan sehingga menjadi kenyataan.

“Saya tidak mahu komen mengenai impian orang lain sebab saya juga selalu pasang angan-angan saya sendiri. Tetapi, Alhamdulillah, apa yang saya angankan, kebanyakannya menjadi kenyataan.

“Saya tidak gemar bercerita tentang angan-angan selagi ianya belum menjadi kenyataan. Lebih baik saya diamkan dan hanya bercakap mengenainya sesudah ia menjadi realiti.

“Apa pun, sebenarnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk kita berangan atau pasang impian,” katanya ketika sidang media drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah, baru-baru ini.

Nabila diminta mengulas mengenai pelakon, Meerqeen yang baru-baru ini dikecam kerana berangan-angan mahu menggenggam trofi anugerah Oscar.

Bercakap mengenai lambakan kontroversi yang melanda dunia hiburan tempatan kebelakangan ini, Nabila mengakui sering mengelakkan daripada mengikuti cerita bersifat gosip dan sensasi agar tidak terpengaruh dengan berita yang dilaporkan.

“Saya sebenarnya tidak berminat untuk mencampuri urusan artis lain. Dan jujur kata, saya sudah berhenti mengikuti cerita-cerita sensasi yang berlaku dalam dunia seni kita.

“Langkah itu lebih menyihatkan mental saya. Kalau pun perlu untuk melayari media sosial, perkara itu saya lakukan demi berkongsi kandungan mengenai aktiviti semasa atau masakan.

“Kontroversi yang terlalu banyak dikongsikan di media sosial dan arus perdana mengenai hal selebriti pada masa sekarang pada saya, keterlaluan.

“Bagaimanapun, ia mengingatkan kepada niat dan tujuan asal saya jadi pelakon. Tak perlulah saya terikut-ikut dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Hidup saya adalah tentang kerjaya dan keluarga sahaja. Saya hanya boleh doakan yang baik buat mereka yang sedang berdepan masalah,” jelasnya.Se

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN