Aktres senior masih mahu bekerja - Sofia Jane - Utusan Malaysia

Aktres senior masih mahu bekerja – Sofia Jane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sofia Jane, 52, berpandangan peranan aktres senior atau berusia dianggap masih penting dalam ekosistem industri drama dan perfileman tempatan.

Katanya, perkara itu kerana pelakon wanita bertaraf senior masih diperlukan untuk membawakan watak-watak berusia yang semakin banyak diwujudkan masa sekarang.

“Saya menyambut baik usaha penerbit dan penulis cerita yang sentiasa memperuntukkan karakter untuk pelakon wanita bertaraf senior.

“Hakikatnya, kebanyakan pelakon wanita yang sudah berusia masih berkeinginan untuk berlakon. Cuma sebelum ini ramai antara mereka yang tinggalkan sementara dunia lakonan untuk membina keluarga dan membesarkan anak.

“Sekurang-kurangnya, dengan adanya watak-watak yang sesuai, pelakon-pelakon ini masih boleh menerima pendapatan dengan berlakon,” katanya.

Sofia berkata demikian ketika ditemui sewaktu penggambaran drama One Cent Thief 2 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sofia juga menyambut baik lambakan karakter-karakter yang diwujudkan untuk aktres senior.

“Pada saya, dunia drama dan perfileman kita tidak mendiskriminasi aktres senior kerana wujudnya lambakan watak-watak yang sesuai untuk mereka.

“Dan watak-watak sebegini bukan tertumpu dalam filem sahaja, malah banyak diketengahkan dalam drama dan pementasan teater.

“Ini membuktikan tiada halangan untuk pelakon wanita kita berlakon meskipun usia mereka sudah lanjut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya