Ubah persepi terhadap kerjaya bakeri

Ubah persepi terhadap kerjaya bakeri

MOHD. Rahmat Bahaudin dikenali sebagai Chef Kecik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBABITANNYA dalam bidang pastri bermula secara tidak dirancang.

Bukan kerana terpaksa tetapi akur diri tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang berkenaan.

Namun berbekalkan kesungguhan, Mohd. Rahmat Bahaudin, 37 yakin minat boleh diasah sekiranya ia bersulamkan kerja keras.

“Saya mula terlibat dalam bidang bakeri sebagai home baker sejak 2018 lagi.

“Kalau minat sebenarnya dari kecil lagi dan pada ketika itu saya sering menonton rancangan memasak.

“Paling saya suka penyediaan kek dan biskut, jadi saya mula dengan buat kek dulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pengasas Kafe Chef Kecik, membuktikan lelaki juga mampu menguasai seni kulinari itu dengan cemerlang apabila maampu membuka kafe.

CETUSAN ‘CHEF KECIK’

Mengenai nama Chef Kecik, Mohd. Rahmat menjelaskan bahawa gelaran itu diberikan kepada dirinya secara tidak sengaja.

Jelasnya, nama Chef Kecik diasaskan ketika dia mula berjinak-jinak berkongsi resipi di blogspot. “Dulu saya banyak kongsi resepi di blog.

“Nama Chef Kecik itu sendiri saya dapat secara kebetulan. Fikir punya fikir nak letak nama apa, akhirnya Chef Kecik yang terlintas di fikiran saya ketika itu.

“Ramai yang menyangka nama itu tercetus kerana fizikal saya yang kecil. Sebaliknya, nama itu memang tiada kaitan dengan diri saya atau mana-mana pihak. Ia memang secara tidak sengaja,” jelasnya.

UBAH PERSEPSI 

Dalam industri yang lazimnya didominasi oleh wanita, kehadirannya sebagai pembuat kek dan pastri menunjukkan bahawa kaum lelaki juga mampu menceburi dan berjaya dalam bidang ini.

Menurutnya, persepsi negatif terhadap kaum lelaki yang terlibat dalam kerjaya bakeri sebagai bukan lelaki sejati, perlu diubah kerana kemampuan dan bakat tidak seharusnya dinilai berdasarkan jantina tetapi daripada segi dedikasi dan kecekapan dalam menghasilkan karya berkualiti.

“Kritikan dan cabaran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Kita perlu mempunyai visi dan misi yang jelas. Jangan malu untuk mencuba dan terus berusaha.

“Kritikan itu perlu diketepikan kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk membantu diri, keluarga dan masyarakat,” jelasnya.

JADI INSPIRASI

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan itu tidak pernah mengganggap mereka yang lebih berjaya dalam industri sama sebagai saingan.

Sebaliknya, beliau menjadikan barisan pesaing sebagai inspirasi untuknya melangkah lebih jauh.

“Bidang pastri ini terlalu luas. Jadi saya banyak terinpirasi daripada chef luar negara. Bukanlah saya nak jadi seperti mereka tetapi saya jadikan produk yang mereka hasilkan sebagai sumber inspirasi untuk saya buat lebih baik.

“Kalau dalam negara kita sendiri, dari segi perniagaan, saya mengidolakan pengasas Gula Cakery. Seperti yang semua tahu, beliau berjaya membuka banyak cawangan.

“Bila saya tengok kejayaan beliau satu persatu, saya dapat rasakan yang saya juga mampu berjaya,” ujarnya.

Tambahnya, kebanyakan menu yang dihasilkan di Kafe Chef Kecik diinspirasikan oleh trend pastri dari luar negara namun diubah suai mengikut cita rasa tempatan.

“Kebanyakan inspirasi datang dari luar tetapi saya cuba menyesuaikannya dengan selera tempatan. Contohnya saya menggunakan gula Melaka dalam pastri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya