SENIMAN adalah insan yang memiliki bakat dan kemahiran menghasilkan karya yang mampu menyentuh jiwa, membangkitkan emosi serta memberi inspirasi kepada masyarakat melalui pelbagai medium kreatif seperti muzik, lukisan, sastera atau persembahan. Tidak lapuk dek zaman. Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan tentang seniman yang dikenali sebagai ‘Anak Alam’ ini. Mustapa Ibrahim adalah tokoh pelukis yang menjadi nadi penggerak kepada penubuhan kumpulan seniman yang bergelar ‘Anak Alam’ pada sekitar 1970an. Bukan sahaja terkenal sebagai pelukis malah beliau turut berbakat sebagai penyair, pelukis ilustrasi, pemain teater, pereka prop teater dan pemuzik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya