Johan Ghazali bangga peraga baju Melayu di USA - Utusan Malaysia

Johan Ghazali bangga peraga baju Melayu di USA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peninju Muay Thai popular, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila tampil menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.

Johan atau lebih popular dengan panggilan Jojo menyarung busana baju Melayu berwarna hijau gelap dari jenama tersohor tempatan Bulan Bintang.

Jojo yang memuat naik gambar dengan persalinan serba hijau itu menarik perhatian penonton termasuk tetamu dan petugas media yang hadir ke sesi temubual terbabit.

Malah, rata-rata netizen di ruangan komen juga memuji penampilan Jojo Yang dilihat memartabatkan baju Melayu di mata dunia.

“Sampai ke US pakai baju Melayu. Semoga berjaya Jojo. Terima kasih awak telah meMelayukan luasan dunia,” komen salah seorang pengikutnya.

Pada 6 September ini, Johan dijadualkan berentap di gelanggang ONE 168: Denver bertemu dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.

Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, petinju tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.

Sehinggalah dia bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam.

Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan awal Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya