Janna Nick bahasakan individu minta RM8,500 selepas kantoi mencuri - Utusan Malaysia

Janna Nick bahasakan individu minta RM8,500 selepas kantoi mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Maaf, saya benci orang malas.”

Demikian kata pelakon, Janna Nick yang meluahkan rasa bengang terhadap seorang individu yang tidak segan memintanya wang berjumlah RM8,500 untuk membayar semula duit yang dicuri.

Menurut Janna, dia malas melayan kerenah individu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang ringgit sedangkan orang lain berusaha keras untuk menyimpan.

Malah, penyanyi lagu Gatal itu turut memberikan peringatan kepada individu berkenaan tentang akibat mencuri.

“Orang penat kerja, menyimpan. Dia senang saja mencuri lepas itu ‘kantoi’ minta orang lain bayar. Bertaubatlah dik, hari ini kita mencuri, tipu orang esok Allah balas berkali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi itu,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Janna menerusi sebuah hantaran Instagram Story yang turut mendedahkan tangkap layar pesanan terus atau direct message (DM) yang diterimanya daripada individu terbabit.

“Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk bayar balik. Tapi, saya tak ada duit itu,” kata individu itu.

Tanpa segan silu, individu itu turut mendesak pelakon itu memberikan jumlah wang yang diminta dengan segera pada hari yang sama.

“Saya harap sangat dapat bantu saya. Dalam RM8,500. Saya tiada sesiapa. Tolong saya, mereka nak hari ini juga,” katanya lagi.

Janna bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemilik akaun tersebut demi menutup aibnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya