Itu jalan kamu dan kamu punya sendiri - Fazura - Utusan Malaysia

Itu jalan kamu dan kamu punya sendiri – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas khabar pelakon Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah Amin hangat diperkatakan, aktres wanita itu dilihat berkongsi kata-kata di media sosial, hari ini.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dalam perkongsian terbaharu di Instagram memberi gambaran seolah dirinya nekad membawa haluan sendiri.

“Itu jalan kamu dan kamu punya sendiri. Orang lain mungkin akan berjalan denganmu tetapi tidak ada sesiapa yang akan jalankan untuk kamu,” kongsinya.

Dalam perkongsian lain, Fazura turut memuat naik kata-kata yang menyifatkan setiap individu perlu memudahkan sesuatu perkara yang tak terjadi menerusi hantaran di Instagram Story.

“Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminatnya turut memberikan kata semangat untuk pelakon wanita itu dan berharap dia kuat menjalani dugaan hidup.

“Saya sayang kakak,” komen Uqasha Senrose.

“Semoga Allah merahmati dan ganjarkan kesenangan dan permudahkan kamu untuk melalui ujian dengan kesabaran,” komen Mimi Lana.

“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat,” komen peminatnya.

Hari ini, Fazura dikhabarkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, tengah hari tadi.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya