Fazura titip pesanan buat Fatima, nekad bawa haluan sendiri

Fazura titip pesanan buat Fatima, nekad bawa haluan sendiri

GAMBAR Fazura dan anaknya, Fatima Aisha. - MEDIA SOSIAL FAZURA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “MasyaAllah Tabarakallah. Kuat dan berdaya tahan. Itulah cara awak membesar.”

Demikian kata pelakon Nur Fazura yang menitipkan pesanan buat anaknya, Nur Fatima Aisyah, 3.

Fazura menerusi perkongsian di media sosial milik anaknya, telah memuat naik foto mereka berdua saling berpelukan dengan efek gambar berwarna hitam putih.

Hari ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar pelakon wanita itu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, tengah hari tadi.

Berita yang dikongsikan oleh sumber itu bagaimanapun tidak memaklumkan butiran terperinci mengenainya.

Dalam perkonnsian lain, Fazura turut berkongsi kata-kata yang diambil dari Rumi seolah menggambarkan dirinya nekad membawa haluannya sendiri.

“Itu jalan kamu dan kamu punya sendiri. Orang lain mungkin akan berjalan denganmu tetapi tidak ada sesiapa yang akan jalankan untuk kamu,” kongsinya.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Fazura dan Fazura yang telah dibina sejak November 2017 itu sedang bergolak sekaligus menjadi perhatian.

Pasangan itu bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respons mengenai spekulasi yang tercetus.

Fazura dan Fattah juga sudah lama tidak kelihatan bersama di mana-mana acara mahupun saling berkongsi foto di media sosial mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya