KEGEMUKAN sering kali dikaitkan dengan penyakit endokrin dan kardiovaskular seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung serta strok. Namun, tidak ramai mengetahui ia juga boleh mengundang penyakit kanser rahim kepada kaum hawa. Paling menakutkan, wanita gemuk yang mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) berdepan risiko tiga kali ganda untuk diserang barah itu. Penemuan tersebut dikongsikan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ginekologi Onkologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM), Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee. Terkini, kira-kira 15 peratus wanita gemuk dengan PCOS dikesan terdedah kepada kanser…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya