SEBAIK sahaja kaki melangkah masuk ke kawasan Baruh Padi Alami di Kampung Lubok Jambu, Kota Bharu, Kelantan perasaan menjadi begitu teruja melihat padi menguning. Menambahkan lagi keterujaan, padi tersebut tumbuh segar walaupun tanah di kawasan itu kontang dan merekah susulan kemarau yang dilihat semakin ‘mengganas’ melanda negeri serambi Mekah ketika ini. Tidak cukup dengan itu, padi diusahakan Mohd. Yusri Mohammad Nor,49, ini turut menggunakan konsep alam semula jadi iaitu bebas daripada penggunaan racun dan baja. Padi daripada jenis varieti MR297 yang ditanam di tanah seluas empat hektar itu bergantung sepenuhnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya