Nikmati keindahan alam dengan hidangan memukau

Nikmati keindahan alam dengan hidangan memukau

DEKORASI minimalis dan moden memberi tarikan kepada pengunjung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENIKMATAN menjamu selera bukan sahaja terletak pada menu mahupun keenakan sajian yang dihidangkan.

Sebaliknya, suasana dan dekorasi sesebuah kafe mampu memberi kepuasan kepada pengunjung yang hadir.

Minggu lalu, saya berpeluang berkunjung ke sebuah kafe moden dan estetik yang terletak di sekitar Lembah Klang.

Pokok KL, salah sebuah cawangan di bawah Kumpulan Syarikat Brick House, menawarkan pelbagai pilihan makanan barat dan Melayu yang menarik dan memikat selera.

POKOK KL menampilkan konsep unik dengan dinding dan bumbung transparent.

Pengasas Pokok KL, Datin Christine Bong berkata, pihaknya menampilkan konsep yang unik dan istimewa dengan menggunakan dinding serta bumbung transparent.

Katanya, ini membolehkan para pengunjung menikmati hidangan sambil disinari cahaya serta keindahan alam semula jadi.

“Kehijauan pokokpokok di sekitar kafe turut memberikan suasana yang segar dan menenangkan menjadikan setiap kunjungan ke Pokok KL satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

“Dekorasi minimalis dan moden menambahkan lagi nilai estetik kafe ini, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk sesi fotogra atau sekadar menikmati masa lapang bersama rakan-rakan atau keluarga,” ujarnya.

NIKMATI SAJIAN MEMUKAU

Pokok KL tidak hanya terkenal dengan suasana estetik malah hidangan yang ditawarkan juga menjadi tarikan utama pengunjung.

Daripada menu sarapan pagi hingga makan malam, setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti.

Setiap sajian ditawarkan menggabungkan elemen tradisional dan moden, mencipta rasa yang unik serta menyelerakan.

SETIAP sajian menggabungkan elemen yang mencipta rasa unik dan menyelerakan.

Char Kuey Teow, hidangan klasik Melayu disajikan dengan sentuhan istimewa dan kombinasi rasa yang memukau dan memuaskan selera.

Bagi pencinta pasta, Chili Padi Pesto Pasta merupakan antara pilihan yang mampu menambat selera.

Setiap suapan menawarkan keunikan rasa herba dan pedas menjadikannya hidangan yang wajib dicuba.

Hidangan Aunty Aileen Nyonya Laksa pula membawa ke dalam dunia rasa autentik Nyonya. Laksa dengan kuah kari yang pekat, dihidangkan menyelerakan.

Antara pilihan menu terlaris wajib dicuba adalah Char Kuey Teow, Chili Padi Pesto Pasta dan Aunty Aileen dengan mi dan udang mencipta keseimbangan rasa yang sempurna antara pedas, manis dan masam.

Tidak lupa juga buat peminat kopi, mereka pasti teruja dengan pelbagai pilihan kopi yang disediakan. Setiap cawan menyajikan rasa yang kaya dengan aroma memikat.

Selain itu, pelbagai pilihan pastri dan kek juga mampu menggoda selera pengunjung.

Antaranya termasuk Pain Au Chocolate, Fresh Butter Croissant dan Sausage Cheese Danish.

Pilihan ini sempurna untuk mereka yang gemarkan makanan manis dan ingin menikmati pencuci mulut yang lazat selepas hidangan utama.

SESUAI UNTUK MAJLIS KERAIAN

Pokok KL turut menawarkan perkhidmatan khusus untuk pelbagai jenis acara seperti sambutan hari lahir dan majlis keraian lain.

Kafe itu boleh memuatkan sehingga 40 orang pengunjung dalam satu masa.

Selain itu, pihak kafe juga menyediakan pakej katering menarik mengikut citarasa pelanggan, menjadikannya pilihan ideal untuk menjayakan sesuatu acara.

Kunjungan ke Pokok KL pastinya menjanjikan pengalaman manis dengan suasana nyaman, hidangan yang lazat dan layanan yang baik menjadikannya destinasi yang wajib dilawati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya