ALUNAN muzik indah dengan bunga-bungaan yang berkembang mekar menyambut kehadiran pengunjung di ‘taman rahsia’. Tiba-tiba muncul gadis berambut panjang yang melangkah riang, di tangannya memegang bakul berisi bunga putih kecil, Baby’s Breath. Penampilannya mencuri perhatian apabila menggayakan busana sentuhan dua pereka terkenal, Syomir Izwa Gupta dan Shikha Grover di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2024 baru-baru ini. Koleksi ini disifatkan lari daripada kebiasaan fesyen musim bunga/panas 2025-2026 kerana dihiasi manik, labuci, zardozi dan sulaman. Cetusan ilham itu sekali gus mengubah persepsi kononnya perincian berkenaan hanya terhad untuk busana pengantin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya