Adidas bawakan 'trefoil' buat lima jersi kelab Eropah

Adidas bawakan ‘trefoil’ buat lima jersi kelab Eropah

BEKAS Pemain bola sepak dunia ternama menggayakan jersi ketiga lima kelab terkemuka Eropah bermula dari kiri Alessandro Del Piero (Juventus), Rio Ferdinand (Manchester United), Zidane (Real Madrid), Patrick Vieira (Arsenal), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADIDAS membawa logo ‘trefoil’ dalam rekaan jersi ketiga buat lima pasukan Eropah iaitu Real Madrid, Manchester United, Arsenal, Bayern Munich dan Juventus.

Logo trefoil, kebiasaannya dikhaskan untuk rangkaian adidas originals namun kali ini kelainan itu dibawa bagi menggantikan logo tiga jalur dalam setiap jersi kelab berkenaan pada ulang tahun ke-75 jenama tersebut.

Setiap kelab menerima reka bentuk unik dan semua jersi berkenaan boleh didapati di menerusi pembelian dalam talian dan juga kedai adidas sekitar Kuala Lumpur.

Jersi itu telah dilancarkan pada 15 Ogos lalu, cukup berkualiti tinggi dan sesuai itu digayakan sebagai pakaian harian.

Setiap jersi didatangkan dalam bentuk kasual dan reka bentuknya berlatar belakang rapat dengan kelab berkenaan.

Untuk jersi ketiga Arsenal musim 2024/25, ia menampilkan reka bentuk yang berani dan bergaya serta digabungkan dengan sedikit nostalgia.

Sementara itu, bagi rekaan jersi Bayern Munich menggabungkan palet warna merah dan putih ikonik daripada DNA kelab dengan warisan adidas dan grafik berlian keseluruhan yang halus dan tonal.

Jersi itu membawa kembali lencana kelab klasik dari tahun 1970-an, meraikan beberapa tahun keemasan dalam sejarah kelab.

Manakala jersi ketiga Juventus diinspirasikan oleh bulan daripada pantulannya di langit malam.

Ini disampaikan melalui palet warna malam berbintang yang canggih dalam rona biru laut dengan perincian emas halus dan grafik keseluruhan tona.

Dalam pada itu, bagi jersi ketiga Manchester United dipadankan dengan bendera tiga warna merah, putih dan hitam yang melambangkan penyatuan peminat dari seluruh dunia.

Akhir sekali, jersi ketiga Real Madrid, menggabungkan gaya klasik yang abadi dan palet warna kelabu gelap dengan sentuhan moden yang elegan.

Ia turut menampilkan corak monogram “RMCF” dan menggabungkan tradisional dengan kontemporari.

“Bola sepak dan fesyen kini wujud bersama dalam jarak yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Logo adidas trefoil kami bermaksud keanggunan sukan, gaya tulen dan, bagi ramai peminat, ingatan kolektif bola sepak.

“Semasa kami meraikan ulang tahun ke-75 jenama itu, inilah masa yang sesuai untuk menyatukan lagi kedua-dua dunia ini dan membawa trefoil ke padang,” kata SVP Produk dan Reka Bentuk, adidas Football Sam Handy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya