Sarah Suhairi sah isteri Aswad Anuar

Sarah Suhairi sah isteri Aswad Anuar

sarah suhairi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat, pada pukul 8.29 pagi hari ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.

Dalam majlis penuh seri itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun jumlah hantaran dirahsiakan.

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.

Sebelum ini, penyanyi lagu Sah tidak pernah mendedahkan mengenai hubungan istimewanya kepada umum.

Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.

Difahamkan, pasangan ini juga telah mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN