'Picit-picit, terus minum' - Utusan Malaysia

‘Picit-picit, terus minum’

BULAN (kiri) bersama pelakon, Fikry Kiki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH: ‘Picit-picit terus minum’. Itu tanda dagang sebuah produk jenama kopi baharu yang diilhamkan oleh usahawan tempatan, Mabel Ira Bulan, 27.

Mesra disapa Bulan, ibu lima anak ini memberitahu, dia bersama pasukannya berusaha memikirkan cara paling mudah untuk orang ramai menikmati kopi tanpa perlu dibancuh.

Malah, katanya, dia tidak pernah berniat untuk meniru mana-mana produk yang pernah berada di pasaran dan yakin produk keluarannya mampu mendapat permintaan daripada orang ramai.

“Setahu saya, belum ada mana-mana produk kopi yang tidak perlu dibancuh. Pengguna hanya perlu picit-picit, dan terus menikmatinya.

“Ia sangat menjimatkan masa dan bersesuaian bagi mereka yang sentiasa terkejar-kejar ke tempat kerja, lebih-lebih lagi ketika memandu dan berdepan kesesakan jalan raya,” katanya semasa sesi pengenalan produk yang baru berada dalam pasaran dalam tempoh sebulan lebih, baru-baru ini.

Produk itu diasaskan oleh Bulan bersama pelakon baharu, Fikry Kiki.

Bulan berkata, dia juga mahu membantu orang ramai terutamanya golongan suri rumah menjana pendapatan dengan menjadi stokis sekaligus berpeluang menikmati pelbagai tawaran yang disediakan oleh pihak syarikat.

“Setakat ini, kami mempunyai hampir 200 stokis dan 20,000 unit produk juga sudah dikeluarkan. Sekarang, semuanya dijual menerusi platform dalam talian di Shoppee dan TikTok.

“Setakat ini, kami belum ada premis fizikal dan bersyukur kerana ia semakin mendapat permintaan pengguna,” kongsinya yang juga seorang pempengaruh di media sosial.

Disoal aspek penyelidikan, kualiti dan keselamatan produk, katanya, pihaknya sudah menjalankan tinjauan dan penyelidikan selama tiga bulan bagi memahami citarasa pengguna.

Dalam tempoh tersebut, banyak berlaku penolakan kerana pengguna mahu rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.

Pada masa sama, Bulan berkata, pihaknya juga melakukan kerja amal dengan menyalurkan sumbangan berupa naskhah al-Quran Braille kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya