PEDIH ulu hati, sakit dada, loya dan muntah merupakan antara simptom penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Dianggarkan 9.7 peratus penduduk Malaysia menderita akibat gangguan pencernaan itu. Kebiasaannya pesakit diberikan ubat manakala bagi kes kronik pula memerlukan pembedahan. Bagi yang ingin mencuba kaedah rawatan semula jadi, disarankan mengambil kacang soya ditapai. Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti UCSI, Ts. Dr. Tan Chung Keat berkata, pengambilan sumber protein itu bukan sahaja dapat memulihkan gejala GERD, malah meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan keradangan. Penemuan itu diperoleh hasil kajian klinikal selama 12 minggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya