Perwatakan anak kecil sering sahaja berubah-ubah seiring dengan tumbesaran mereka. Fasa perubahan emosi, menyebabkan kadangkala mereka bertindak agresif. Mungkin kelihatan normal untuk anak kecil menjerit, menendang atau memukul jika tidak mendapat sesuatu yang diingini. Namun, semua tingkah laku itu mempunyai had umur yang menentukan sama ada sifat agresif tersebut normal ataupun tidak. Ahli Terapi Cara Kerja Kanak-Kanak, Maryam Jamadi berkata, perlakuan agresif hanya normal pada kanak-kanak berusia setahun enam bulan sehingga tiga tahun sahaja. Katanya, golongan itu kebiasaannya mengalami fasa perubahan perkembangan emosi dan sosial. “Di tahap umur ini anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya