SANGGUP berbelanja barangan dapur dan kelengkapan bernilai hampir RM1,000 dalam sebulan semata-mata untuk mendapatkan cenderahati berupa sampul raya. Tidak cukup dengan itu, Nurhafizah Mohamad, 41, aktif menyertai pelbagai pertandingan secara dalam talian bagi membawa pulang barangan berkenaan. Daripada keseluruhan 50 kuiz yang disertai pada Ramadan lalu, 21 kemenangan berpihak kepadanya. Sehingga kini, surirumah dari Batu Pahat, Johor itu sudah mengumpul hampir 6,000 sampul raya dengan 4,000 daripadanya tersimpan kemas dalam kira-kira 40 fail dan album gambar. Setiap satunya dikelaskan mengikut kategori atau tema tertentu seperti tahun, institusi perbankan, syarikat atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya