Empat momen istimewa selebriti semasa menunaikan haji 2024

Empat momen istimewa selebriti semasa menunaikan haji 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUKUN Islam yang terakhir sangat istimewa kerana memberikan sebuah episod penghambaan di tangga yang berbeza. Apabila seseorang selesai menunaikan haji, maka lengkaplah tanggungjawab diri kepada agamanya. Dari mengenakan ihram, mengelilingi masjid Al-Haram, berjalan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah pengalaman luar biasa.

Haji selalu disebut ‘panggilan’ seolah-olah menarik kita yang tersesat dalam sistem hidup untuk pulang dan berehat di rumah Allah. Ia sebuah perjalanan yang penuh emosi, maka tidak hairanlah jika ramai yang berubah hati dan perlahan-lahan mendekati Allah selepas pulang menunaikan ibadah suci itu.

Tahun ini menyaksikan ramai selebriti yang turut menerima jemputan istimewa itu. Ada yang ditaja, namun ada yang mengguna wang tabungan untuk menunaikan ibadah itu. Berikut kami senaraikan momen yang dikongsikan barisan selebriti Malaysia ini selama berada di Mekah.

JOHAN

Kali terakhir pelakon, pelawak dan penyampai radio membotakkan kepala adalah 10 tahun lepas. Namun, semasa menunaikan haji pada tahun ini, Johan telah melakukan Tahallul dengan membotakkan kepalanya di Mekah.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Johan berharap tubuh badannya akan menjadi saksi di hadapan Allah nanti bahawa dia telah selesai menunaikan ibadah itu.

Bukan itu sahaja, semasa menunaikan haji, Johan dan isterinya, Ozlynn Wati dilihat sebak mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada anak sulung mereka, Ahmad Ariq menerusi panggilan video.

ELFIRA LOY

Sebelum ini menerusi Instagram, pelakon, Elfira Loy pernah berkongsi cerita bahawa dia dan ibu telah mendapat panggilan menunaikan ibadah haji bersama daripada Lembaga Tabung Haji.

Namun kerana memikirkan anak, Elfira terpaksa menolak panggilan itu walaupun terkilan kerana tidak dapat menunaikan impiannya untuk menunaikan haji bersama ibunya.

Namun begitu, dia sekali lagi mendapat peluang menunaikan haji oleh Kementerian Media Arab Saudi.

Elfira mengakui walaupun sama-sama berada di Mekah namun dia sukar bertemu ibunya. Namun begitu, wanita asal Kuala Lumpur itu dilihat sebak ketika akhirnya bertemu ibu dan menghadiahkannya sekuntum bunga mawar.

AMY SEARCH

Selepas menunaikan umrah pada 2007, penyanyi Amy Search bersyukur kerana dijemput Allah menunaikan haji pada tahun ini. Lebih istimewa, hari penyanyi rock itu Wukuf di padang Arafah, adalah tarikh yang sama ulang tahun kelahiran isterinya, Nor Hasniza.

Amy menyifatkan kesempatan itu sebagai keajaiban kerana berada di tempat pertemuan Adam dan Hawa bersama isteri tercinta. Dia turut berdoa agar cintanya bersama isteri akan membawanya ke syurga.

ELLA

Turut sama mengerjakan haji tahun ini ialah Ratu Rock Malaysia. Ditemani suami, Azhar, Ella telah berangkat ke Tanah Suci pada 8 Jun lalu. Menurut Ella, menunaikan haji adalah impian dan azam terbesarnya untuk 2024.

Siapa sangka, dalam kesibukkan membuat persediaan konsert, penyanyi itu mendapat khabar gembira menjadi tetamu Allah. Menurut Ella, sepanjang di Arafah, dia turut menghadiahkan doa buat peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN