Bagi ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata sudah tentu kurang arif dalam beberapa perkara. Terutama hal-hal berkaitan kesihatan anak kecil yang masih belum mampu berbicara. Antara yang merungsingkan ibu bapa muda ialah apakah anak sedang asma atau selesema sahaja memandangkan kedua-dua simptom itu tampak sama. Pakar Perunding Pediatrik di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr. Angelina Amaladoss berkata, membezakan asma dan selesema adalah penting kerana simptomnya yang serupa namun implikasinya berbeza. Selesema biasanya disebabkan oleh jangkitan virus dan menunjukkan simptom seperti demam mendadak, sakit badan, kepala dan tekak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya