SENIBINA masjid di Malaysia sering dipengaruhi kemegahan dari negara Asia Barat. Masjid seringkali menggunakan rekaan di mana kubahnya yang bulat terletak di atas bahagian tengah masjid. Namun tidak bagi Masjid Damansara Perdana yang membawa konsep reka bentuk rumah Melayu tradisional. Ia dapat dilihat melalui bentuk tiga segi yang digunakan untuk bumbung masjid menyerupai kebanyakan rumah kampung di Malaysia. Arkitek reka bentuk Juteras Design Workshop Sdn. Bhd., Jarnee Khoo berkata, ilham itu diperoleh daripada suasana kehidupannya sepanjang membesar. JARNEE KHOO Katanya, konsep yang dibawakan adalah bagi menjadikan masjid sebagai ruang komuniti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya